Perak Hari Ini

Penangan 30 Jenis Roti Canai Ijam

IPOH: Bermula dengan membuka gerai di tepi jalan, perniagaan ‘Roti Canai Ijam’ yang diusahakan sepasang suami isteri sejak 17 tahun lalu kini mempunyai dua buah cawangan di sekitar Ipoh.

Menariknya, Restoran Roti Canai Ijam menyajikan 30 jenis roti canai yang digemari semua lapisan masyarakat selain mempunyai pelanggan tetap yang juga terdiri daripada kalangan kolar putih.

Misalnya, Roti Beef Cheese Black Pepper yang disediakan bersama-sama roti dan daging, yang disalut dengan telur dan keju pasti mengamit selera para pemburu makanan atau food hunter.

Malah apabila tiba hari minggu atau musim cuti sekolah, Restoran Roti Canai Ijam cawangan di Taman Temara, dekat sini akan mula dibanjiri penggemar roti canai sejak awal pagi lagi.

Azyyati Ghazali, 42 berkata pada mulanya beliau dan suami, Zammawi Jaafar, 46 berniaga di pasar-pasar malam dengan menjual ikan segar.

Namun katanya, disebabkan persaingan yang kian ramai mereka kemudian menceburi bidang perniagaan kontrak makanan di mahkamah-mahkamah di sekitar Ipoh, dan seterusnya membuka perniagaan roti canai.

Menurut Azyyati, suaminya yang mempunyai kebolehan dalam membuat roti canai yang dipelajarinya semasa bekerja di Kuala Lumpur, telah menurunkan ilmu tersebut kepada ahli keluarganya.

“Menu paling digemari pelanggan kami ialah Roti Beef Cheese Black Pepper, Roti Pizza Cheese dan Roti Pulau. Kesemua 30 menu ini adalah hasil idea kami sendiri,” katanya ketika ditemui PerakToday di Restoran Roti Canai Ijam, dekat Jalan Dato Onn Jaafar, di sini, hari ini.

Selain itu katanya, Roti Nangka, Roti Pisang, Roti Durian serta ‘Kopi Lejen’ turut mendapat sambutan yang memberangsangkan sama ada cawangan di Ipoh mahupun di Taman Temara.

“Idea 30 menu roti canai ini kami mahu supaya para pelanggan dapat datang ke restoran kami dan mencuba kesemua menu tersebut setiap hari,” katanya yang bercadang akan menambah beberapa menu roti canai yang lain pada masa akan datang.

Tambahnya, Restoran Roti Canai Ijam cawangan Bandaraya Ipoh juga menyediakan menu nasi kandar bersama-sama sajian istimewa ‘ayam wanggey’ dan kari daging kambing.

Ujar Ibu kepada lima orang cahaya mata itu selain resipi, kualiti dalam menyediakan kesemua makanan sentiasa menjadi keutamaannya.

Malah katanya, sambutan yang memberangsangkan juga merupakan salah satu pendorong untuk beliau dan keluarga meneruskan perniagaan tersebut.

“Bahan-bahan yang kami sajikan dalam kesemua menu ini banyak isinya. Saya mahu bagaimana saya sendiri makan dan sedap, begitu juga saya mahukan disediakan kepada pelanggan,” katanya.

Ujarnya selain di Ipoh restorannya juga dikunjungi para pelanggan yang datang dari Bagan Serai, Johor Bharu dan Kuala Lumpur.

 

Info Tambahan

  • Restoran Roti Canai Ijam mempunyai dua cawangan. Di Taman Temara, Ipoh dan di Jalan Datuk Onn Jaafar, Ipoh
  • Mempunyai 30 jenis roti canai yang berharga antara RM1 sehingga RM6
  • Waktu perniagaan di Taman Temara, Ipoh: 630 pagi- 12.30 tengah hari.
  • Waktu perniagaan di Jalan Datuk Onn Jaafar, Ipoh: 7 pagi – 2.30 petang. Buka setiap hari kecuali Sabtu. Menu untuk roti canai berakhir pada jam 11 pagi.
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");