Berita Hari Ini

Pengubahan Wang Haram: SPRM Dakwa Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Esok

PETALING JAYA: Bekas timbalan presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akan didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam, esok di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 dan Kanun Keseksaan.

Perkara itu disahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan, hari ini.

“SPRM telah mendapat izin daripada peguam negara bagi menuduh Nasharudin Mat Isa esok, jam 9 pagi di Mahkamah Sesyen Shah Alam,” kata kenyataan itu.

SPRM juga berkata, ia menahan Nasharudin pada jam 2 petang tadi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas beliau hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir.

“Beliau kemudiannya dilepaskan dengan jaminan SPRM.”

Nasharudin, 57, disiasat SPRM berhubung dakwaan penerimaan dana daripada Umno.

Ini susulan beberapa dakwaan yang mengatakan pemimpin PAS menerima dana berjumlah RM90 juta daripada Umno sebagai balasan untuk memberi sokongan kepada parti komponen BN itu dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 tahun lepas.

Selain bekas timbalan presiden PAS, SPRM turut memanggil beberapa individu untuk memberi keterangan berhubung siasatan, termasuklah ahli Parlimen Bachok Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz, ketua Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan naib presiden Amanah, Husam Musa.

Nasharudin menjadi timbalan presiden PAS dari 2005 hingga 2011. Sebelum itu beliau merupakan setiausaha agung parti itu lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");