Perak Hari Ini
Like

Perak Lancar Inisiatif Untuk Perkasa Bidang TVET

October 21, 2019
290 Views
0 Comments
2 minutes read
Perak Lancar Inisiatif Untuk Perkasa Bidang TVET

IPOH: Dalam ke arah memperkasakan dan melahirkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran serta kompetitif di negeri ini, Kerajaan Perak melancarkan pelan Inisiatif Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Perak, hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata insiatif yang melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak itu dilihat mampu mengerakkan hala tuju TVET ke arah satu tujuan yang dapat memberi impak dalam meningkatkan kadar perumbuhan ekonomni negeri.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini memutuskan satu jawatankuasa untuk inisiatif ini.

“Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) dipilih sebagai sekiteriat untuk kita memulakan penyelarasan untuk Inisiatif TVET Perak ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pelancaran Inisiatif TVET Perak di Hotel Casuarina Meru Raya, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Howard Lee Chuan How

Tambah Ahmad Faizal, dalam usaha ini, PASAK akan bekerjasama dengan Perak Eclat TVET (PET), sebuah badan profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang TVET selain mempunyai rangkaian kerjasama dengan industri dan badan persijilan TVET dalam dan luar negara.

Menurut beliau, antara insiatif yang akan digerakkan adalah dengan mewujudkan ekosistem dalam memperkasakan pelajar yang mempunyai kecenderungan dalam bidang teknikal dan kemahiran.

Katanya lagi usaha memperkasakan bidang TVET itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam membangunkan modal insan yang berketerampilan, berdaya saing serta mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

“Saya akan mengumumkan ia lebih lanjut sewaktu pembentangan Belanjawan Perak 2020 dalam persidangan Dewan Undangan Negeri nanti.

“Saya berharap dalam inisiatif TVET ini, Kerajaan Persekutuan dapat membantu kita dari segi bentuk kewangan.

“Saya yakin dengan pembentangan Belanjawan 2020 oleh Menteri Kewangan baru-baru ini kita dapati ia senada dengan hasrat kerajaan negeri yang ia akan memberi kebaikan kepada semua rakyat” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.