Perak Hari Ini

Perkerja Restoran Didakwa Terlibat Kegiatan Pengganas IS

IPOH- Seorang pekerja restoran dihadapkan ke mahkamah di atas pertuduhan memiliki majalah berunsur perbuatan keganasan dan berkaitan dengan Kumpulan Pengganas Islamic State (IS) pada Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, Hafiz Othman, 42 telah memiliki empat naskah majalah yang berunsur perbuatan keganasan iaitu Dabiq- Kembalinya Khalifah, Dabiq- The Flood, Dabiq- Panggilan Untuk Hijrah dan Al-Mustaqbal- The Last War (Malhamah Al-Kubro).

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di kediamannya di Jalan Malim Nawar, Kampung Changkat Baru, Malim Nawar, jam lebih kurang 2.30 petang pada 18 Mei 2019.

Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membenarkan permohonan supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ianya di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Kes dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Izhanudin Alias dihadapan Hakim, Norashima Khalid manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Asif Mohd Noor.

Dakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana barang itu.

Sementara itu, sebelum ini media melaporkan, Hafiz telah didakwa pergi ke Wilayah Sinai Mesir dari Malaysia melalui Kaherah dengan niat melakukan aktiviti aktiviti pengganas pada 17 Mei 2019 di KLIA, Sepang.

Beliau ditahan atas kesalah memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas IS iaitu majalah Dabiq dan Al Mustaqbal.

Beliau dihadapkan Mahkamah Seksyen Sepang pada 30 Mei 2019 di bawah Seksyen 130JA KK yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");