Berita Hari Ini

PH Peruntuk Hanya RM100 Pada 2019, 2020 Untuk Bayar Hutang Kerajaan, Kata Najib

PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya memperuntukkan sebanyak RM100 sahaja untuk membayar balik hutang kerajaan pada Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020.

Beliau berkata, PH sering menggunakan alasan “hendak bayar balik hutang kerajaan lama”, namun hakikatnya pentadbiran pada hari ini tidak pernah mengurangkan hutang negara.

“PH sering menggunakan alasan “hendak bayar balik hutang kerajaan lama”, tetapi tahukah anda berapa banyak diperuntukkan dalam Belanjawan 2019 dan Belanjawan 2020 untuk membayar balik hutang kerajaan? RM100 setiap tahun.

“PH tidak pernah kurangkan hutang negara. Hendak merancang untuk kurangkan nilai hutang negara pun PH tidak pernah. Cuma digunakan berulang-ulang kali sebagai alasan sahaja,” katanya di Facebooknya, hari ini.

Najib turut melampirkan tangkap layar anggaran perbelanjaan mengurus bagi tahun 2020 sebanyak RM34,944,860,400.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan rakyat semalam.

Menurut butiran 011000 yang dinyatakan dalam anggaran perbelanjaan mengurus tahun 2020, bayaran balik pinjaman adalah sebanyak RM100.

Menurut Najib, Putrajaya pimpinan PH sebaliknya menaikkan hutang kerajaan dengan kadar 3 kali lebih cepat sejak ia memenangi pilihan raya umum Ke-14 berbanding pada masa pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Itulah sebabnya hutang langsung negara sudah naik ke RM810 bilion hari ini, berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017, masa BN,” katanya lagi lappr FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");