Perak Hari Ini

Pilihanraya Tetap Akan Berlaku Jika Dunia Belum ‘Kiamat’ – Ahmad Faizal

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali mengulangi saranannya agar semua pihak sama ada daripada pihak parti kerajaan mahupun pembangkang agar tidak terlalu berpolitik pada masa ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan khabar angin yang menyebut bahawa bakal berlaku Pilihan Raya Negeri (PRN) di Perak kerana terdapat beberapa Adun DAP yang bertindak akan keluar parti.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata Pilihanraya merupakan amalan demokrasi yang di amalkan di negara ini yang mana setiap lima tahun Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen tetap akan dibubarkan.

“Pilihan Raya Negeri akan tetap berlaku kalau dunia tidak kiamat lagi dalam jangka masa lebih tiga tahun lagi.

“Pilihanraya akan tetap berlaku kerana di Malaysia, amalan demokrasi yang mana Dun atau Parlimen mesti dibubarkan setiap lima tahun.

“Saya percaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan semua pihak sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihanraya setiap lima tahun

“Jawapan saya kepada soalan sama ada akan diadakan Pilihan Raya Negeri atau tidak, ianya tetap akan berlaku kalau kita tidak kiamat esok,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak menegaskan bahawa kepimpinan dan pentadbiran di Perak masih lagi utuh.

“Tidak perlu saya pergi menghadap Sultan Perak untuk meminta dibubarkan dewan atau sebaliknya. Saya bersama-sama Exco sedang beri tumpuan untuk pembangunan negeri.

“Saya juga sedang bersiap sedia untuk membentangkan Belanjawan Negeri 2020 yang akan dibentangkan pada bulan hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Kereta Api Elektrik (ETS) 2 Dan Pembangunan Bersepadu Stesen Kereta Api Ipoh di Stesen KTM Ipoh, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan mengadakan PRN Perak sebagaimana dilaporkan media semalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");