Berita Hari Ini

Politik Berbilang Kaum PKR Selari Dengan Pendirian Saya, Kata Salleh Keruak

PETALING JAYA: Bekas menteri Salleh Said Keruak berkata beliau memohon untuk menyertai PKR kerana parti itu mengamalkan politik berbilang kaum yang sesuai dengan pegangan dan pendirian politiknya, selain sesuai dengan suasana politik di Sabah.

Dalam kenyataan pertama di laman blog miliknya hari ini, bekas menteri komunikasi dan multimedia itu berkata, beliau mahu membantu PKR membawa politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, terutama di Sabah.

“Saya percaya PKR berada di landasan betul untuk menyelamatkan negara daripada ancaman bencana ekstremisme,” katanya.

Katanya, beliau dan sebilangan besar kepimpinan Umno Sabah meninggalkan parti itu Disember tahun lepas untuk memberi tumpuan kepada masa depan negeri berkenaan.

Salleh berkata, sejak menyertai dunia politik beliau kekal sebagai seorang moderat, progresif dan mendukung kestabilan.

“Saya percaya langkah yang saya ambil ini adalah langkah yang betul buat diri saya dan percaya boleh menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khususnya dan Malaysia amnya melalui penglibatan saya dengan PKR,” katanya.

Semalam tersebar laporan beliau memohon untuk menyertai PKR secara dalam talian, tetapi keputusan mengenai belum dibuat kerana perlu melalui proses biasa parti.

Salleh merupakan anak Mohammad Said Keruak, bekas ketua menteri dan selepas itu Yang di-Pertuan Negeri Sabah pada pertengahan 1970-an.

Beliau menjadi ketua menteri dari 1994 hingga 1996 dan speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dari 2010 hingga 2015 sebelum dilantik sebagai menteri komunikasi dan multimedia dari Julai 2015 hingg Mei tahun lepas.

Salleh bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud pada pilihan raya umum lepas, tetapi tewas di tangan sepupunya, Isnaraissah Munirah Majlis yang mewakili Warisan lappr FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");