Berita Hari Ini

Prinsip Hidup Beragama, Kedamaian Perlu Dipertahan – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat pelbagai kaum di Malaysia terus mempertahankan prinsip hidup beragama dan kedamaian dikecapi mereka.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata isu sensitif berkaitan kaum dan agama sekiranya dibangkitkan berupaya mencetuskan perselisihan faham, malah boleh berlaku di mana sahaja tanpa mengira agama atau bangsa.

“Kita majoriti rakyat harus pertahan apa erti kehidupan dalam satu negara yang mengamalkan prinsip hidup damai dan juga prinsip beragama,” katanya pada ucapan penutup Karnival Deepavali 2019 di perkarangan Stadium Bukit Jalil, di sini malam tadi, lapor Bernama.

Menurut Anwar, sikap toleransi antara pelbagai kaum di negara ini membolehkan setiap lapisan masyarakat hidup dalam keadaan selesa dan selamat.

“Lihat malam ini orang India, Cina, Melayu bergaul tanpa rasa bimbang sama sekali. Saya berjalan tidak berasa terancam kerana semangat kekeluargaan negara kita (Malaysia),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");