Berita Hari Ini

Projek RTS Diteruskan Dengan Pengurangan Kos

JOHOR BAHRU: Malaysia bersetuju meneruskan projek Laluan Sistem Transit Rapid (RTS) dengan kos terbaharu RM3.16 bilion.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kos terbaharu itu adalah penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion.

“Kita akan teruskan dengan projek itu dan selesaikan sedikit isu kesesakan lalu lintas.

“Butiran projek akan dibincangkan bersama kerajaan Singapura,” kata Dr Mahathir pada sidang media di Johor Bahru, hari ini.

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia mendapat kelulusan kabinet untuk meneruskan projek Laluan RTS dengan perubahan kepada struktur, skop dan spesifikasi projek.

Turut hadir sidang media itu ialah Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew; Menteri Besar Johor Datuk Dr. Sahruddin Jamal dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani serta barisan kepimpinan Kerajaan Negeri memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");