Sukan Hari Ini

Rashford Sekat Langkah Chelsea

LONDON: Marcus Rashford menghalang Chelsea untuk bangkit menerusi sepakan bebas yang memukau bagi membantu Manchester United mara ke suku akhir Piala Liga dengan kejayaan 2-1 di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, Rashford melakukan cubaan dari jarak 40 meter melepasi jangkauan penjaga gol Chelsea, Willy Caballero pada minit ke-73 selepas Michy Batshuayi menyamakan kedudukan.

Pasukan Ole Gunnar Solskjaer itu kini mencatatkan kejayaan ketiga di tempat lawan sekali gus menamatkan kemarau kemenangan di tempat lawan sejak Mac lalu.

Kejayaan United ini juga adalah yang kedua dalam pertemuan dengan Chelsea musim ini, dengan menewaskan 4-0 pada hari pembukaan Liga Perdana.

Sejak kekalahan itu, pasukan muda Chelsea bimbingan Frank Lampard bangkit untuk memenangi tujuh perlawanan dalam semua kejohanan untuk menduduki kelompok empat terbaik Liga Perdana.

Undian pusingan suku akhir akan diadakan dengan United akan menyertai pasukan lain iaitu Manchester City, Liverpool, Aston Villa, Leicester City, Everton, Colchester United dan Oxford yang sudah awal mengesahkan tempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");