Berita Hari Ini

Rasuah: Tengku Adnan Diarah Bela Diri

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membela diri atas dakwaan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan, 68, sebagai seorang penjawat awam, iaitu Menteri Wilayah Persekutuan didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong, 60, melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB.

Cek itu didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (THSB) yang Tengku Adnan mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat Aset Kayamas ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan

Pada 23 Januari lalu, Tengku Adnan, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mohamed Zaini selepas kesnya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada 14 Disember 2018.

Seramai 23 saksi pendakwaan dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan yang mengambil masa 12 hari bermula 2 Julai lalu dan antara saksi ialah ialah bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Phesal Talib dan Tan Sri Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz serta Chai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");