Berita Hari Ini

Remaja Liwat Rakan Di Asrama Ditahan

TEMERLOH – Seorang remaja ditahan reman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes liwat melibatkan seorang pelajar di sebuah sekolah tahfiz dan anak yatim di Lanchang dekat sini tahun lalu.

Memetik laporan Utusan Online, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Temerloh, Hayatul Hafifie Hisham terhadap suspek yang berusia 17 tahun.

Difahamkan, remaja berkenaan adalah antara empat suspek yang disyaki meliwat mangsa ketika berada di asrama pusat tahfiz dan anak yatim tersebut.

Suspek dipercayai mengarahkan mangsa masuk ke dalam bilik asrama sebelum meliwat mangsa.

Pada Ogos lalu, polis menahan reman seorang suspek manakala dua lagi suspek sedant dikesan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, pihak polis sedang melakukan siasatan mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");