Membawang Hari Ini

Rihana Oksana Fail Petisyen Tentukan Bapa Anaknya

Sebelum ini kecoh apabila peguam Sultan Kelantan, mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan. Susulan itu, Rihana Oksana Gorbatenko mencabar baginda melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan.

Terbaru, memetik laporan Daily Mail, nampaknya teka-teki siapakah ayah kepada Leon, bakal diketahui tidak lama lagi apabila Rihana memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia semalam.

Laporan itu berkata, Rihana menfailkan kes tersebut berikutan tuntutannya untk mendapat elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta tidak dilayan.

Laporan memberitahu, sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar.

Dalam pada itu, Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V.

“Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia,” kata Rihana dalam satu temu bual.

Baru-baru ini, Oksana mendakwa terpaksa menjual cincin kahwin bernilai RM1 juta bagi membayar bil perubatan. Ujarnya lagi, dia dan anaknya  tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu serta mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");