Berita Hari Ini

RON97 Naik 1 sen

PETALING JAYA: Harga petrol RON97 akan naik 1 sen daripada RM2.67 kepada RM2.68 seliter mulai tengah malam ini.

Harga RON95 dan diesel pula kekal RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Kementerian Kewangan ketika mengumumkan harga petrol hari ini berkata, berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit RON95 dan diesel mulai 19 Okt hingga 25 Okt ini sepatutnya RM2.37 dan RM2.31 seliter.

“Ini menunjukkan kenaikan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.37 seliter dan diesel yang berada pada paras RM2.27 seliter,” katanya sebagaimana dilaporkan FMT.

Tetapi, katanya, kerajaan tidak berbuat demikian dan anggaran subsidi yang perlu ditanggung dalam tempoh seminggu akan datang berjumlah RM123.81 juta.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");