Panasnya Hari Ini

Ronnie Liu Sila Tutup Mulut

BAGI mengukuhkan Pakatan Harapan, Angkatan Muda Keadilan memberi amaran tegas kepada Ronnie Liu supaya menutup mulut dan berhenti melaga-lagakan pimpinan dan komponen Pakatan Harapan.

Pandangan terbaru yang mengheret Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali untuk diambil tindakan adalah suatu pandangan yang sengaja tambah mengeruhkan keadaan dan bersifat parasit dalam Pakatan Harapan.

Menjadi tugas dan peranan kita sebagai pimpinan Pakatan Harapan di semua peringkat untuk mendukung kepimpinan perdana menteri menjamin kestabilan kerajaan bagi membina semula ekonomi negara.

Justeru, sebaiknya Ronnie berhenti menjadi parasit dalam politik yang boleh melumpuhkan kesepakatan dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan.

Malah, saya cukup yakin bahawa sikap bodoh sombong dan kenyataan-kenyataan Ronnie Liu sebelum ini juga mampu menggugat muafakat utuh Pakatan Harapan sebagaimana yang telah mengakibatkan perpecahan kepada Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Angkatan Muda Keadilan juga dengan tegas ingin mengingatkan supaya Ronnie Liu supaya tidak sama sekali mencampuri urusan dalam Keadilan.

Angkatan Muda Keadilan meminta kepimpinan DAP supaya segera mendisiplinkan Ronnie sebelum keadaan bertambah buruk sehingga menjejaskan kestabilan Pakatan Harapan dan Kerajaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");