Perak Hari Ini

Rujuk Kenyataan Media SU Saya – Kor Ming

IPOH: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming enggan mengulas lanjut berkenaan perkembangan isu sebuah akaun Facebook yang didakwa menggunakan namanya dan mengeluarkan kenyataan bersifat menghina Sultan Selangor baru-baru ini.

Semalam dalam satu kenyataan media, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata halaman Facebook berkenaan adalah palsu selain menyebut ia seperti cubaan untuk mencemarkan nama beliau dan DAP.

Kenyataan tersebut turut menyebut, Setiausaha Sulit Kanannya , Tan Tiong Yih akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Ipoh hari ini.

“Setiausaha Sulit Kanan saya sudah mengeluarkan kenyataan media. Boleh pergi periksa sahaja di sana. Semua sudah ada di sana. Ia juga disertakan dengan gambar dan bukti,” katanya ringkas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Khas Kementerian Pendidikan di SJK (T) Tanjung Rambutan, Hulu Kinta, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco Kerajaan Perak, A. Sivanesan, Adun Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad serta Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Masyarakat India, V. Sivakumar.

Pada majlis tersebut, SJK (T) Tanjung Rambutan telah menerima peruntukan khas Kementerian Pendidikan berjumlah RM150,000.

Dalam pada itu, Kor Ming turut menyebut bahawa kesemua 134 SJK (T) di seluruh Perak akan menerima peruntukan sama yang keseluruhannya berjumlah RM5.55 juta.

Ujarnya peruntukan khas seperti itu juga akan diagihkan kepada semua sekolah seperti sekolah agama, sekolah mubaligh serta lain-lain di seluruh negeri dan ia dijangka sempurna sebelum tiba musim cuti sekolah tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");