Sukan Hari Ini

Salah Perlu Rehat: El Badry

KAHERAH: Pengendali Mesir Hossam El Badry merasakan bintang Liverpool, Mohamed Salah ‘perlu berehat’ sekali gus bakal terlepas aksi persahabatan menentang Bostwana pada 14 Oktober ini.

Pengumuman itu hadir hanya beberapa hari selepas Salah mencetuskan tanda tanya dengan menukar biodata Twitter yang menyatakan dia hanya beraksi untuk Liverpool, selepas memadamkan semua maklumat berkaitan Mesir.

Salah sekadar menduduki tempat keempat bagi anugerah pemain terbaik FIFA pada minggu lalu, dengan dua undi daripada Mesir dibatalkan oleh badan induk bola sepak dunia itu selepas borang undian ditulis menggunakan huruf besar.

El Badry, berkata dia sudah bercakap dengan Salah sejurus mendapat laporan daripada doktor pasukan berhubung tahap kecergasan pemainnya.

“Saya bersetuju untuk kebaikannya dan seluruh pasukan untuk dia diberikan rehat,” kata El Badry.

“Dia tidak akan bersama kami untuk kem latihan ke Bostwana, tetapi kita berharap dia akan kembali untuk perlawanan rasmi.”

Memetik laporan BHarian, Salah meledak dua jaringan Rabu lalu tatkala juara bertahan Liverpool menewaskan Salzburg 4-3 dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara.

Salah dan Persatuan Bolasepak Mesir sudah bertelagah beberapa kali, dengan yang terbaru apabila gambarnya dipaparkan di kapal terbang menjelang Piala Dunia 2018, menyebabkan dia berdepan masalah dengan penajanya.

El Badry akan mengemudi Mesir buat kali pertama sejak mengambil alih jawatan ketua jurulatih bulan lalu.

Mesir akan memulakan kempen kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2021 di laman sendiri menentang Kenya pada November depan. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");