Panasnya Hari Ini

“Saya Dapat Undangan Lambat Sangat…”

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau diundang menghadiri Kongres Maruah Melayu (KMM) semalam pada saat akhir.

Menurut laporan Astro Awani, Presiden PKR itu berkata, jemputan itu dibuat selepas beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak dijemput oleh sekretariat kongres itu.

Katanya, undangan itu dikemukakan pada petang 5 Oktober lalu namun beliau tidak dapat menghadirinya kerana berada di Port Dickson.

“Saya dapat undangan lambat sangat, petang 5 Oktober saya ada di Port Dickson Negeri Sembilan.

“Saya memang tidak dijemput namun bila saya ditanya, saya sebut tak dijemput. Dia (pihak kongres) kata parti ini parti pelbagai kaum, jadi tak dijemput, tapi jemput juga.

“(Jemputan) itu dimaklumkan (Datuk Seri Dr) Wan Azizah (Wan Ismail) yang ada menelefon saya petang itu tetapi saya ada program di sekolah dan beberapa tempat lagi (di Parlimen Port Dickson),” katanya kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kelihatan hadir pada KMM semalam adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");