Membawang Hari Ini

“Simpanlah Sikit Maruah Diri Untuk Ke Liang Lahad”

Pasti ramai tahu pelakon Nadia Brian sudah pun mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Muiz Nasruddin pada 4 Mei lalu dan pasangan tersebut akan diijabkabulkan pada November depan.

Bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi, baru-baru Nadia berkongsikan foto sekitar majlis ‘bridal shower’ bersama teman rapatnya. Nadia kelihatan cukup menawan dengan dress low cut berwarna merah terang dan turut berendam di dalam kolam.

 

Bagaimanapun, ada segelintir netizen kurang senang melihat pakaian Nadia yang disifatkan terlalu terdedah dan seksi. Malah ramai yang mempersoalkan tindakan pelakon itu yang terlalu mengikut budaya barat.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen turut merasa kasihan dengan bakal suaminya di atas tindakan tunangnya yang ‘belanja’ auratnya kepada umum.  Apa pun di harap selepas ini Nadia lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar bimbang ianya mengundang kecaman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");