Perak Hari Ini

SMK Toh Muda Abdul Aziz Berjaya Mara Ke Peringkat Akhir Toyota Eco Youth 2019

SUNGAI SIPUT – SMK Toh Muda Abdul Aziz berjaya terpilih untuk ke peringkat akhir pada program pertandingan bertemakan inovasi dan alam sekitar Toyota Eco Youth 2019 yang bakal berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam pada 13 hingga 14 November nanti.

Menurut satu kenyataan, pasukan yang dibimbing guru, Nadira Ismail itu berjaya menambat hati juri daripada kalangan wakil Toyota, Kementerian Pendidikan serta Yayasan Amanah Belia atau myHarapan pada acara yang berlangsung pada Ogos lalu di Putrajaya.

Oleh kerana itu, katanya pasukan tersebut turut berjaya mendapat tajaan sebanyak RM 2000 daripada UMW Toyota untuk ke peringkat akhir.

“Memandangkan agak sukar untuk membersihkan sampah seperti di longkang, sungai atau laut, maka Pelajar SMK Toh Muda Abdul Aziz telah mencipta Aquabin iaitu alat pengutip sampah yang mampu terapung di atas permukaan air,” katanya.

Menurut ketua pasukan Busyra Huda Balya, idea itu tercetus apabila melihat segelintir sikap penduduk di sekitar kawasan setempat yang membuang sampah sewenangnya ke dalam sungai.

“Sampah-sarap kelihatan terapung di sungai yang berada berdekatan dengan sekolah. Ianya sukar untuk membersihkan sampah tersebut memandangkan keadaan sungai yang kotor,” katanya kenyataan tersebut.

Katanya, hasil rekaan Aquabin itu sebelum ini telah berjaya meraih beberapa kejayaan seperti Anugerah Model Terbaik dalam pertandingan Perak STEM Challenge 2019 serta anugerah perak dalam pertandingan Ipoh International Summit on Professionalism, Research and Education (INSPIReD) 2019.

Dalam pada itu, katanya SMK Toh Muda Abdul Aziz juga menganjurkan kempen ‘Save Sungai Bembam’ pada 26 September lalu yang mendapat sambutan dan kerjasama dari sekolah-sekolah berdekatan, Exco Kerajaan Negeri, Pejabat Pendidikan Kuala Kangsar serta Jabatan Pengairan dan Saliran Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");