Berita Hari Ini

SPRM Terima 20 Maklumat Rasuah Jabatan Kehakiman

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 20 maklumat berhubung rasuah membabitkan Jabatan Kehakiman dari awal Januari sehingga Ogos lalu.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata, maklumat itu antaranya membabitkan Mahkamah Seksyen ke bawah.

“Saya tidak boleh beri butiran, memang kami terima pelbagai aduan termasuk aduan terhadap hakim dan sebagainya.

“Aduan yang SPRM terima adalah berkenaan rasuah dan salah guna kuasa tetapi saya tidak boleh mendedahkan lebih kerana masih dalam siasatan,” katanya ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Integriti di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Hadir sama Ketua Hakim Negara Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.

Mengulas lanjut Latheefa berkata, kertas siasatan berhubung perkara itu sudah dibuka dan pihaknya tidak akan mendedahkannya sehingga ia dimaklumkan secara umum.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai penempatan 75 pegawai SPRM di Unit Integriti Agensi Awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Latheefa berkata, ia sebagai langkah dalam memastikan setiap agensi dan GLC lebih peka serta sensitif dalam urusan dijalankan dengan integriti tinggi.

“Langkah berkenaan diambil bagi memastikan sesebuah agensi atau GLC tidak terpalit dalam perbuatan rasuah.

“Unit Integriti di agensi kerajaan diwujudkan sejak 1 Ogos 2013,” katanya kepada HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");