Membawang Hari Ini

Sulli Disahkan Mati Gantung Diri

Berita kematian seorang selebriti K-Pop, Sulli yang juga merupakan bekas ahli kumpulan F(x) mengejutkan masyarakat dunia semalam.

Polis Korea Selatan mengesahkan bahawa kematian gadis itu adalah disebabkan bunuh diri dimana dia menggantung diri di tingkat dua rumahnya.

Polis Korea Selatan mengesahkan penyanyi dan pelakon, Sulli yang ditemui mati di tingkat dua kediamannya di Seongnam, Seoul sebagai bunuh diri.

Menurut laporan media JoongAng Ilbo, Oriental Dialy Sulli, 25 ditemui mati di bilik tidurnya di tingkat dua di kediamannya di Seongnam, Seoul.

Mayatnya ditemui oleh pengurusnya sendiri selepas gagal menghubunginya selepas kali terakhir bercakap dengan artis itu kira-kira 8 malam pada 13 Okt.

Malah difahamkan Sulli turut mengalami kemurungan sebelum ini.

Sulli atau nama sebenar Choi Jinri, 25, memulakan karier seni sejak tahun 2009 dengan menyertai kumpulan f(X).

Pada tahun 2015, Sulli dilaporkan nekad untuk keluar daripada bidang nyanyian dan mahu memberi tumpuan terhadap kerjaya lakonan.

Khamis lalu, Sulli mengakui hidupnya terasa kosong dan hanya berpura-pura bahagia di hadapan semua orang.

Kata Sulli, dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perasaan tersebut dan hanya mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");