Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Sampai Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

IPOH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam, di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIIM), di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir sama Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu dan isteri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Baginda berkenan menyampaikan sebanyak 29 anugerah kecemerlangan kepada 106 orang penerima meliputi pelbagai peringkat pendidikan kepada 57 orang pelajar untuk sesi anugerah kecemerlangan sekolah dan 48 anugerah sijil pengajian masjid.

Antara anugerah yang disampaikan adalah, Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Anugerah Sekolah Terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018, Anugerah Sekolah Terbaik Pengurusan Tadika Islam Perak 2018 dan sebagainya.

Selain itu, baginda turut berkenan menyampaikan tiga anugerah khas iaitu Anugerah Jasamu Dikenang 2019 kepada Rogayah Kassim dan Megat Azmir Megat Said serta Anugerah Tokoh Guru 2019 kepada Abdul Hamid Mohammad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");