Perak Hari Ini

Sultan Perak Sampaikan Tauliah Kepada 574 Pegawai Masjid

TANJUNG MALIM: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan menyampaikan tauliah pelantikan kepada 574 pegawai masjid yang terdiri daripada imam dan bilal bagi 10 daerah di negeri ini.

Mereka yang menerima tauliah berkenaan antaranya terdiri daripada 42 penerima dari Daerah Mualim, 82 penerima dari Daerah Teluk Intan, 66 dari Taiping, dan 42 dari Daerah Bagan Datuk.

Selain itu, tauliah yang sama turut disampaikan kepada 68 penerima dari Daerah Tapah, Ipoh (78), Kampar (38), Seri Iskandar (84), Batu Gajah (32) serta 42 penerima dari daerah Manjung.

Kesemua penerima watikah pentauliahan tersebut berkuatkuasa selama tiga tahun bermula 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2020.

Majlis penyampian tersebut diadakan di Dewan Arena Kompleks Sukan Proton, di sini, hari ini

Keberangkatan Baginda diiringi, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Timbalan Speaker DUN Perak merangkap ADUN Behrang, Aminuddin Zulkifli serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");