Sukan Hari Ini

Tak Pandang Mudah Spurs

PERMULAAN buruk Tottenham Hotspur bukan bermakna mereka terlupa bagaimana untuk bermain bola sepak dan pengurus Liverpool Juergen Klopp menjangkakan kelab utara London itu akan mempamerkan aksi lebih kemas apabila mereka berkunjung ke Anfield dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi Isnin.

Liverpool mendahului liga dengan enam mata ke atas Manchester City, manakala Spurs di tangga ketujuh, 13 mata di belakang pendahulu.

Kedua-dua pasukan mencatat keputusan baik dalam Liga Juara-Juara baru-baru ini dengan Spurs membelasah Red Star Belgrade 5-0 dan Liverpool menewaskan Genk 4-1 dan Klopp berkata pasukannya lebih bimbang mengenai prestasi terkini mereka, berbanding pergelutan pada awal musim.

“Apa yang boleh saya katakan adalah kami melihat pasukan Tottenham pada malam Selasa dan itulah yang kami fikirkan,” kata pengendali kelahiran Jerman pada sidang media, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

“Bukan mengapa permulaan Tottenham pada musim ini tidak seperti mereka dan media jangkakan.

“Ia bukan kerana mereka lupa bagaimana mereka bermain bola sepak, yang Harry Kane tidak tahu bagaimana untuk bermain.

“Mereka mampu mengetengahkan permainan yang betul di padang. Ia sesuatu yang kami perlu jangkakan.

“Kami tidak terlalu yakin yang tiada apa akan berlaku kepada kami dan mereka tidak akan bermain seperti pasukan dengan mata yang mereka miliki.

“Mereka pasukan utama Liga Perdana dan akan menjadi pasukan hebat sepanjang musim.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");