Panasnya Hari Ini

Tampil Dengan Bukti

KUANTAN: Penulis yang mendakwa ada unsur rasuah dalam proses permohonan dan pengeluaran sijil halal perlu memberi bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh, berkata tuduhan yang dibuat oleh penulis artikel, kononnya pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta bayaran RM50,000 bagi tujuan pendaftaran premis pemprosesan daging halal, di Kuala Lumpur adalah serius.

Katanya, penulis yang mempertikai integriti dan kompetensi pegawai JAKIM berkaitan pensijilan halal mestilah menyerahkan bukti kepada pihak berkuasa.

“Sepatutnya tidak boleh tulis perkara sebegitu jika tiada bukti. Tetapi jika ada bukti, penulis artikel itu perlu tampil kepada pihak berkuasa.

“Sepatutnya tohmahan itu tidak dilakukan kerana JAKIM amat menjaga integriti sijil halal,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan 56th Deepavali Children Party 2019, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung artikel bertajuk ‘Malaysia Halal Crisis’ oleh Murray Hunter di laman sesawang Asia Sentinel, bertarikh 10 Oktober lalu yang mendakwa berlakunya isu integriti kakitangan JAKIM, dalam proses pensijilan halal Malaysia.

Menurut laporan itu, antara kes integriti itu membabitkan seorang penjual daging dari Lubnan yang mendakwa membatalkan hasratnya melabur di Malaysia, selepas pegawai JAKIM meminta RM50,000 sebagai pembayaran pendaftaran.

Fuziah berkata, JAKIM hanya terbabit dengan berkenaan pensijilan halal, manakala pembangunan industri halal di bawah agensi lain.

“JAKIM sememangnya menjaga semua aspek dalam segala proses pensijilan halal. Tetapi saya yakin, pihak yang mengeluarkan laporan itu sengaja untuk mencalarkan integriti JAKIM,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");