Perak Hari Ini

Tanah Runtuh: Kejadian Sama Mungkin Berulang

BATU GAJAH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekali lagi menasihati kesemua penduduk yang mendiami 50 buah rumah di Kampung Teras, Ijok supaya berpindah bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang.

Katanya, memang akan ada kemungkinan untuk perkara yang sama berulang lagi ekoran musim hujan.

“Kawasan tersebut jika dilihat memang prone iaitu terdedah kepada runtuhan tanah, jadi kita perlu lihat sebaik-baiknya di semua kawasan yang berdekatan juga bukan sahaja tempat yang berlaku kejadian tanah runtuh tersebut,.

“Dalam masa yang sama juga, jabatan dan agensi yang terlibat iaitu Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang melihat dan memantau mengenai perkara yang berlaku malahan sebarang kebarangkalian jika perkara yang sama berlaku lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Gelanggang Bola Keranjang Berbumbung dan Sambutan Deepavali di Gelanggang Bola Kerajang, Pekan Pusing, hari ini.

Dalam pada itu katanya, setakat ini kerajaan negeri telah menyeadiakan surau dan dewan untuk mangsa duduki secara sementara walaupun dalam masa yang sama beliau mendapati ramai dalam kalangan penduduk atau mangsa yang terlibat memilih untuk tinggal bersama saudara dan kaum keluarga yang berdekatan.

“Perkara ini amat penting dan disebabkan itu lah kerajaan menasihati para penduduk untuk memilih meninggalkan sementara rumah mereka sehingga dapat memastikan keadaan benar-benar selamat.

“Namun tiada ketetapan tempoh yang disarankan kepada penduduk untuk berpindah tetapi kami akan memberi nasihat dengan sewajarnya dan apabila ada maklumat kita akan kongsikan kepada para penduduk tempatan,” katanya.


Sementara itu katanya, pembinaan gelanggang baru yang dirasmikan berkenaan adalah perkara yang dijanjikan sejak September lalu dan telah siap dibangunkan dalam jangka masa empat bulan.

“Sejumlah RM420,000 telah dibelanjakan khusunya buat penduduk menikmati kemudahan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");