Berita Hari Ini

Tangkap, Dakwa Pemimpin Sokong LTTE

KANGAR: Pemimpin yang menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas berpangkalan di Sri Lanka, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) perlu ditangkap dan didakwa.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata negara berada dalam situasi bahaya apabila pemimpin politik yang berjawatan terbabit menyokong kumpulan berkenaan.

“Jika ada sesiapa yang membuat ucapan terbuka menyokong al-Qaeda atau IS, akan ditangkap dan didakwa.

“Maka, sepatutnya pemimpin-pemimpin DAP yang sekarang dengan terbuka menyatakan sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, hendaklah didakwa dan ditangkap,” katanya menerusi akaun Facebook DrMAZA.com, malam tadi.

Mohd Asri percaya jika isu membabitkan pemimpin parti itu dibiarkan maka rakyat akan melihat DAP ancaman pada negara.

“Jika ini berterusan maka nanti majoriti rakyat Malaysia akan melihat DAP bukan sahaja ancaman terhadap perlembagaan negara, malah mengancam terhadap keselamatan negara.

“Barah yang makin hari makin terserlah,” katanya.

BH hari ini melaporkan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP antara tujuh individu yang ditahan polis selepas dipercayai terbabit dengan LTTE.

Dua wakil rakyat itu, masing-masing dari Melaka dan Negeri Sembilan bersama lima individu lain dikesan bukan sahaja mempromosi, menyokong, menghasut dan menggalak orang ramai, malah turut mencari dana untuk kumpulan pengganas itu lapor BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");