Perak Hari Ini

Tidak Semua Projek Perlu Ditender- Ahmad Faizal

IPOH- Kerajaan negeri menegaskan bahawa tidak semua pemberian kontrak penyelenggaraan jalan raya di bawah bajet Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) perlu ditenderkan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya hanya akan memberikan tender kepada syarikat yang benar-benar diyakini yang mana telah dibuat tapisan.

Kata beliau, jika projek dari segi penyelenggaraan istana, adalah ianya akan laksanakan secara tender terbuka?

“Fikirkan. Kawasan seperti pejabat MB ataupun kediaman MB malahan istana di mana ia merupakan kawasan keselamatan, adalah kita akan laksanakan tender terbuka? Fikirkan.

“Jangan semua perkara ingin ditenderkan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media mengenai pemberian sebuah syarikat konsesi tanpa tender terbuka selepas merasmikan sambutan Hari Alam Sekitar Negara, di Padang Polo, hari ini.


Dalam perkembangan lain, beliau turut menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga menjelang musim tengkujuh ini.

“Kita dapati semasa musim tengkujuh akan berlaku banjir tetapi dari semasa ke semasa kita akan mencari jalan untuk mengurangkan masalah banjir yang boleh mengakibatkan kerosakan, antaranya adalah mengindahkan sungai kita dari segi saliran, longkang serta tidak membuang sampah di dalamnya sehingga menyebabkan ianya tersumbat,” katanya.

Selain itu katanya, masalah perubahan iklim juga perlu dipandang dengan lebih serius kerana keadaan muka bumi yang semakin tua di mana ia perlu dijaga dengan lebih baik.

“Jika 10 tahun lalu kita mendengar mengenai perubahan iklim, ianya masih boleh difikirkan ‘perkara ini tidak akan berlaku kepada kita’ tetapi dari segi kajian, perubahan iklim akan mendatangkan kemusnahan dalam jangka masa yang lebih cepat.

“Setiap orang perlu bertindak bagi melambatkan proses ini kerana kita bertanggungjawab kepada anak cucu kita dari segi menghadiahkan dunia yang lebih selamat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");