Perak Hari Ini

Tindakan Dikenakan Kepada Majikan Ingkar Beri Cuti Bersalin

IPOH- Kementerian Sumber Manusia berkata, majikan swasta yang enggan memberi cuti bersalin selama 90 hari kepada pekerja wanita bermula 2021 akan dikenakan tindakan.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata majikan swasta perlu mematuhi perkara itu yang dibentangkan semasa Belanjawan 2020, semalam.

“Sekiranya sektor awam boleh melaksanakan perkara tersebut mengapa tidak sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Karnival Prihatin JobsMalaysia 2019 di Movie Animation Park Studios, di sini, hari ini.

Kata Kula, cuti bersalin selama 90 hari perlu dilaksanakan sebagai mengikuti standard antarabangsa walaupun pelaksanannya akan dimulakan pada 2021.

“Negara kita perlu mengikut ‘international standard’ dan mana-mana syarikat yang enggan melaksanakannya akan dikenakan tindakan,” katanya.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 berkata kerajaan akan meneliti semula Akta Kerja 1955 bagi memastikan akta itu kekal relevan dengan keperluan pasaran tenaga kerja semasa.

Kajian itu akan meliputi empat perkara antaranya meningkatkan tempoh cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari berkuat kuasa mulai tahun 2021.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai inisiatif caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana akan dibayar secara terus kepada akaun pekerja bagi mengelakkan pihak majikan menyeleweng melalui program #MalaysiaKerja.

“Inisiatif itu akan disediakan oleh kerajaan dan diuruskan oleh pihak KWSP di mana insentif gaji tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun KWSP,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");