Berita Hari Ini

Tragedi Deepavali: Lelaki Maut Terkena Bunga Api

LELAKI maut terkena letupan bunga api ketika dia sedang memasang sumbu bunga api bagi sambutan perayaan Deepavali di rumahnya dekat Taman Mutiara di Kulai, kelmarin.

Menurut Harian Metro, lelaki berusia 25 tahun itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada bapa mangsa, pada 11.07 malam yang memaklumkan mengenai kematian anaknya.

Beliau berkata, mangsa cedera pada kepala, muka dan badan dari bahagian bawah hingga ke dada turut melecur.

“Mangsa juga patah tangan sebelah kiri.

“Terdapat juga pendarahan dalam kepala mangsa dipercayai akibat dari letupan bunga api yang kuat dan mengenai bahagian muka serta dada mangsa sebelah kiri,” katanya.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Katanya, polis mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");