Berita Hari Ini

UM: Polis Bantuan Temui Plakad ‘Provokatif’ Pada Graduan Dihalang Ambil Ijazah

PETALING JAYA: Polis bantuan yang memeriksa seorang graduan yang dikatakan dihalang menerima ijazah pada majlis konvokesyen semalam menemui sekeping plakad yang mengandungi perkataan bersifat “provokatif”, kata Universiti Malaya.

UM berkata graduan terbabit diperiksa dalam kawalan keselamatan yang diperketatkan berikutan kejadian seorang graduan menunjuk perasan di pentas majlis konvokesyen sehari sebelum itu.

Menurut UM, polis bantuan melakukan pemeriksaan ke atas graduan terbabit kerana disyaki berkemungkinan mengganggu kelancaran dan keharmonian istiadat konvokesyen.

“Berdasarkan siasatan awal yang telah pihak universiti jalankan, graduan ini didapati menggunakan akaun Facebooknya untuk menghasut para graduan UM yang lain untuk turut serta dalam usaha beliau mendesak naib canselor untuk meletakkan jawatan,” katanya.

Menurut UM, graduan terbabit diperiksa sebelum majlis bermula dan polis bantuan meminta graduan terbabit menyerahkan plakadnya kepada mereka.

“Penemuan tersebut memperlihatkan bahawa graduan tersebut mempunyai niat untuk mengganggu perjalanan istiadat konvokesyen yang bakal berlangsung,” katanya.

UM berkata graduan berkenaan dibawa keluar dari Dewan Tunku Canselor di mana majlis akan dilangsungkan dan tidak dibenarkan menyertai istiadat bagi memastikan kelancaran dan ketenteraman acara.

“Apa yang kami bimbangkan adalah usaha berbentuk hasutan dengan memainkan agenda perkauman ini bukan hanya berkemungkinan mengancam keselamatan naib canselor, tetapi lebih dari itu menggugat ketenteraman dan kerukunan awam terutamanya di Universiti Malaya,” katanya.

Semalam, Edan Kon, 23, dari Negeri Sembilan, sepatutnyua menerima Ijazah Sarjana Muda Perakaunan tetapi disekat di pintu Dewan Tunku Canselor, sehari selepas tunjuk perasaan seorang pelajar mengkritik naib canselor.

Koh percaya pentadbiran universiti bimbang dia akan melakukan tunjuk perasan sama seperti rakan universitinya, Wong Yan Ke.

“Mereka gagal menjustifikasikan kenapa saya dihalang. Saya beritahu mereka saya hanya mahu terima sijil dan saya tidak akan melakukan apa-apa bantahan,” katanya kepada FMT.

Wong menunjuk perasaan terhadap Naib Canselor Abdul Rahim Hashim, mengatakan dia mahu universiti itu menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada 6 Okt.

Rahim dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman di kongres anjuran UM dan tiga universiti awam lain itu.

Kongres itu menjadi perhatian selepas Ketua Penganjur Zainal Kling berkata Malaysia adalah negara orang Melayu sebagaimana China untuk orang Cina dan India negara orang India lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");