Perak Hari Ini

Umno Perak Akui Terima Dana RM25 Juta Dari Najib

IPOH- Umno Perak mengakui telah menerima dana berupa cek secara peribadi sejumlah RM25 Juta dari Bekas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada tahun 2013 bagi kepentingan parti politik dan kesejahteraan umum.

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno, Datuk Mohd Khusairi Bin Abdul Talib berkata, adalah menjadi kebiasaan dan tidak menjadi satu kesalahan bagi politik di negara ini di mana parti politik tidak dibenarkan untuk menerima dana politik terutamanya daripada presiden parti sendiri.

“Cek tersebut diterima secara peribadi oleh Najib yang ketika itu menjadi Presiden Umno negeri dan juga ketua bahagian, jadi jikalau ada sebarang masalah berkaitan dengan dana diperingkat negeri atau bahagian, kita akan mengadu perkara ini kepada presiden.

“Cek berjumlah RM25 Juta tersebut telah diterima dalam tempoh saya menjadi Setiausaha Umno Perak dan kerana itu lah saya mengambil peranan untuk membuat laporan polis pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkenaan tuntutan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya untuk membayar kompaun kepada pihak SPRM sebanyak RM62.5 Juta pada 11 Oktober lalu atas tuduhan menerima wang berjumlah RM25 Juta dari sumber “haram” penyalahgunaan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Balai Polis Sungai Senam, di sini, hari ini.

 

Menurut Mohd Khusairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, pihaknya membuat laporan polis tersebut bagi meminta pihak polis melakukan pengawasan dan mengambil tindakan terhadap Lateefa Koya kerana telah menghina mahkamah serta menjatuhkan imej SPRM sebagai sebuah institusi yang sepatutnya bebas dan berwibawa.

“SPRM adalah satu badan bebas dan satu badan yang mempunyai integritinya tersendiri, apabila notis seumpama ini diberikan, ia adalah satu tindakan yang boleh dikatakan sebagai ‘rule of the jungle’ iaitu Peraturan Rimba.

“Belum ada penyelesaian dan belum ada sebarang keputusan tetapi pihak SPRM tetapi mereka mengaitkan duit itu adalah berpunca dari sumber haram iaitu pengubahahan wang haram 1MDB.

“Kita merasakan tindakan SPRM ini adalah menghina mahkamah, mendahului keputusan mahkamah dan dalam masa sama, beliau selaku Ketua Pesuruhjaya SPRM telahpun menjatuhkan maruah SPRM itu sendiri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");