Berita Hari Ini

‘Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal’ Disenarai Untuk Pencalonan Anugerah Oscar 2020

Filem animasi popular tempatan, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal melakar sejarah lagi apabila disenaraikan untuk dinilai sebagai calon Anugerah Academy atau Oscar 2020.

Menurut kenyataan penerbit filem tersebut, Les Copaque, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal menerima pencalonan bersama 32 lagi filem animasi antarabangsa lain.

“Terima kasih rakyat Malaysia atas sokongan luar biasa kepada filem ini,” kata kenyataan itu.

Pencalonan berkenaan menjadikan filem buatan Malaysia itu akan bersaing dengan filem animasi antarabangsa lain seperti Frozen 2, Toy Story 4 dan Angry Bird 2.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berkisahkan pengembaraan yang menemui penonton di seluruh negara pada 21 Mac lalu.

Ia menceritakan kisah pasangan kembar itu bersama kawan mereka di Inderaloka dan mereka perlu mempertahankan kerajaan itu daripada raja jahat yang berniat ingin memusnahkannya.

Filem menelan kos RM20 juta itu baru-baru ini diangkat sebagai Filem Cetera Terbaik di Festival Filem Animasi Antarabangsa 2019 (Animaze) di Montreal, Kanada.

Naskhah arahan bersama Adame Amiruddin, Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim dan Ahmad Razuri Roseli itu bersaing bersama 65 filem dari seluruh dunia.

Selain menembusi pasaran China, Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal turut ditayangkan di Indonesia, Vietnam, Uzbekistan dan India lapor FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");