Berita Hari Ini
Like

Utusan Akan Terus Hidup, Akhbar Baru Menyusul, Kata Pengerusi

October 9, 2019
377 Views
0 Comments
1 minute read
Utusan Akan Terus Hidup, Akhbar Baru Menyusul, Kata Pengerusi

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd Abdul Aziz Sheikh Fadzir hari ini berkata Utusan Malaysia akan terus “hidup” memandangkan firma yang dikaitkan dengan jutawan Syed Mokhtar Albukhary itu merancang untuk melancarkan sebuah penerbitan baru dengan menggunakan lesen percetakannya.

Semalam, adalah didedahkan bahawa firma Aurora Mulia Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar, telah memperolehi kepentingan pegangan 70 peratus dalam Dilof Sdn Bhd, syarikat induk yang memegang lesen percetakan Utusan.

Walau bagaimanapun, pengambilalihan Syed Mokhtar adalah khusus untuk lesen Utusan dan bukannya mengambilalih kumpulan Utusan Melayu Bhd secara keseluruhan.

Utusan telah memulakan pembubaran secara sukarela selepas tidak dapat membayar hutang, serta membayar gaji pekerjanya selama beberapa bulan.

“Utusan akan terus hidup. Kami membubarkan syarikat induk tetapi pemilikan lesen percetakan (telah) diperolehi oleh Aurora Mulia dan mereka akan melancarkan penerbitan (baru) dalam masa terdekat,” kata Abdul Aziz seperti yang dipetik oleh The Edge Markets.Tidak jelas sama ada penerbitan baru di bawah Syed Mokhtar akan menggunakan nama Utusan atau yang lain.

Walau bagaimanapun, nasib lebih 800 kakitangan Utusan masih tidak diketahui.

Abdul Aziz dalam laporan itu ditanya sama ada penerbitan baru akan membawa mereka bersama tetapi beliau berkata ini terserah kepada pemilik baru itu.

Berikutan pengambilalihan itu, Dilof dinamakan semula sebagai Media Mulia Sdn Bhd.

Komen & Pendapat

Comments are closed.