Perak Hari Ini

Warga Emas Maut Dilanggar Jentolak Mengundur

IPOH- Seorang lelaki warga emas, Chai Ming Poi, 64, maut dilanggar jentolak yang sedang dipandu mengundur ketika ingin membeli sisa buangan kelapa sawit di sebuah kilang.

Kemalangan dilaporkan berlaku sekitar jam 8.50 pagi di sebuah kilang kelapa sawit di Bota, pada Rabu di mana mangsa bekerja sendiri dan merupakan pelanggan yang datang ke kilang tersebut.

Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Changkat Melintang kemudiannya dihantar untuk rawatan lanjut di Hospital Seri Manjung.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 4.50 petang di Hospital Seri Manjung.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak, Ir. Zamzurin Maarof berkata, majikan bukan hanya bertanggunjawab memastikan pekerja bekerja dengan selamat dan sihat, malah perlu memastikan orang-orang lain selain daripada pekerja tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan akibat dari aktiviti perusahaan yang dijalankan.

“Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif termasuk mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” katanya dalam satu kenyataan.

Susulan daripada siasatan yang telah dijalankan, JKKP Perak telah mengeluarkan lapan (8) notis larangan kepada pemilik premis melibatkan kegagalan memastikan 8 unit jentolak diselenggara dengan baik.

Selain itu, JKKP Perak turut mengeluarkan lima (5) notis perbaikan kepada pemilik premis. Pemilik premis diminta untuk mengadakan sistem kerja selamat bagi pengurusan trafik dan taklimat keselamatan kepada pihak luar.

Menurut JKKP Perak, semua majikan digesa untuk mempertingkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja mereka bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");