Berita Hari Ini

Wong Yan Ke Diajak Berdebat ‘Tanah Melayu atau Tanah Malaysia’.

KUALA LUMPUR – Sambil mempertahankan tindakan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Abdul Rahim Hashim ketika menyampaikan ucapan dalam Kongres Maruah Melayu baru-baru ini, seorang aktivis muda dari Johor tampil membuat pelawaan menarik.

Aktivis Muda Johor, Mohamad Khaled Nordin hari ini mengajak mahasiswa kontroversi UM, Wong Yan Ke untuk berdebat bersama-samanya dengan tajuk ‘Tanah Melayu atau Tanah Malaysia’.

MalaysiaGazette mendapati pelawaan Khaled Nordin itu juga telah dipanjangkan kepada Yan Ke namun belum mendapat apa-apa reaksi setakat beberapa jam yang dilakukan olehnya di laman sosial Facebook.

“Pada pandangan saya, tiada salah dalam ucapan NC tersebut. Pandangan yang diucapkan oleh beliau sewaktu Kongress Maruah Melayu adalah bersifat adil.

“Malah fakta yang dikemukakan berlandaskan data sosioekonomi terkini.

“Dalam masa yang sama, kebimbangan beliau juga disandarkan pada kontrak sosial yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Jelas MOhamad Khaled lagi, pada pandangan beliau apa yang telah dikemukakan oleh NC UM itu sebenarnya adil.

“Justeru, saya telah menghantar surat pelawaan rasmi untuk berdebat kepada Wong Yan Ke dan UMANY. Tajuk dicadangkan adalah ‘Tanah Melayu atau Tanah Malaysia’.

“Saya telah menghantar pelawaan kepada beliau secara peribadi dan menunggu persetujuan bersama berkenaan dengan tempat, tarikh, masa, peraturan dan moderator,” ujarnya.

73533081_2902987846395481_601846366959828992_o

Rata-rata netizen juga kelihatan teruja dengan pelawaan tersebut selain daripada senada dengan Mohamad Khaled yang pada mereka Yan Ke tidak memahami tindak tanduknya sehingga menyebabkan segelintir tidak senang hati.

Ada juga memuji Mohamad Khaled kerana tampil membuat pelawaan yang adil menggunakan platform betul.

Kenyataan berkenaan merujuk kepada tindakan seorang graduan kejuruteraan awam yang mengeluar dan menayangkan plakad tertera perkataan, ‘Tolak Rasis’ dan ‘Undur VC’.

Yan Ke bertindak melaungkan perkataan itu sambil menjerit “Ini tanah Malaysia” selepas menerima ijazah di atas pentas bagi sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59 pagi baru-baru ini sekaligus membuat negara gempar seketika.

Istiadat konvokesyen berkenaan dibuka secara rasmi oleh Canselor UM yang juga Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada sidang pertama pagi Sabtu lalu. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");