Berita Hari Ini

1MDB Disaran Tandatangan Perjanjian Baharu, Kata Saksi

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa lembaga pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) disarankan supaya menjalinkan satu lagi usahasama dengan PetroSaudi International (PSI) pada 2010, walaupun usahasama bernilai AS$1 bilion pada 2009 gagal.

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Shahrol Azral Ibrahim Halmi ketika sesi soal balas pada perbicaraan kes 1MDB melibatkan Najib Razak berkata, lembaga pengarah disarankan menerima cadangan PSI untuk membeli 4.23% saham dalam syarikat tenaga Perancis, GDF Seuz.

CEO PSI ketika itu, Tarek Obaid mencadangkan 1MDB melabur sebanyak AS$1 bilion dan dijanjikan potongan sebanyak 20%. Usahasama ini dikatakan bernilai AS$2.5 bilion, seperti usahama yang ditadatangani pada 25 September 2009.

Ketika disoal balas peguam bela utama, Muhammad Shafee Abdullah, Shahrol berkata pihak pengurusan 1MDB membangkitkan tentang usahasama tersebut kepada lembaga pengarah sekitar Julai 2010. Lembaga pengarah juga dimaklumkan mengenai kadar 8.25% dalam nota Murabaha PSI.

Shahrol juga berkata lembaga pengarah disarankan supaya bersetuju bagi usahasama kedua walaupun tiada mesyuarat lembaga pengarah dengan PSI diadakan sejak usahasama pada 2009.

“Saya katakan bahawa pihak pengurusan melakukan perkara paling pelik melainkan berlaku ketidakjujuran,” kata Shafee.

Saksi itu tidak setuju.

Shafee bertanya mengenai butiran yang dikemukakan kepada lembaga pengarah, dan Shahrol menjawab: “Kami hanya menerangkan mengenai pulangan rendah, risiko rendah dan risiko tinggi, pulangan tinggi.”

Dalam usahasama yang ditadantangani pada 25 September 2009, penyiasat mendedahkan sebanyak AS$300 juta dibayar kepada PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd dan AS$700 juta kepada Good Star Ltd.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");