Membawang Hari Ini

Aiman Tino Dianiaya Rakan Baik

SHAH ALAM: Penyanyi, Aiman Tino, mendakwa pernah kehilangan wang beribu-ribu ringgit gara-gara dianiaya oleh teman baik sendiri.

Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 21, berkata perkara itu berlaku akibat terlalu mempercayai rakan sehingga pihak terbabit mengambil kesempatan ke atasnya.

“Biasalah, kita cuba membantu apabila melihat ada kawan yang berdepan masalah kewangan. Namun, saya pula yang terkena.

“Saya tak tahu macam mana dia boleh mengeluarkan wang daripada akaun saya di bank. Suatu hari, kerana tak sedap hati, saya tergerak untuk membelek dompet dan mendapati satu daripada kad bank saya hilang.

“Saya tahu ia perbuatannya kerana kami duduk serumah dan dia sentiasa menemani ke mana sahaja saya pergi.

“Boleh dikatakan, dia tahu segala-galanya mengenai saya. Apabila tiga kali terlepas, saya memutuskan untuk bersemuka dengannya dan meminta dia memulangkan semula wang terbabit. Dia membayar semula wang yang diambil menggunakan duit bapanya,” cerita Aiman, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Aiman berkata demikian ketika ditanya mengenai maksud tersirat dalam lagu terbarunya, Benci, yang dilancarkan, baru-baru ini.

Single berkenaan berkisar pada insan yang dianiaya dan ditikam dari belakang oleh teman sendiri.

Penyanyi itu bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengambil tindakan terhadap temannya itu.

“Saya akan ingat kejadian itu sampai bila-bila, tetapi siapa saya untuk menghukumnya? Kami juga masih berkawan, tetapi tidaklah rapat seperti dahulu. Pengalaman itu turut menjadikan saya lebih berhati-hati dalam berkawan.

“Saya juga tidak lagi sembarangan percayakan orang. Dahulu, saya sentiasa cuba bersikap positif dalam setiap perkara. Nampaknya, sekarang saya perlu lebih waspada agar tidak mudah terkena,” ujarnya.

Serentak dengan single Benci, syarikat rakamannya, Aries Music, turut melancarkan album penuh penyanyi itu berjudul Anugerah Terbaik.

Album berkenaan memuatkan sembilan lagu dendangan Aiman yang pernah diterbitkan sebelum ini, termasuk single terbaru dan trek bonus, Dendam Simpati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");