Membawang Hari Ini

Artis Muda Tak Dibenarkan Disolek Jadi Tua

KUALA LUMPUR: Semua stesen penyiaran tidak lagi dibenarkan menyolek pelakon muda bagi memegang watak orang tua mulai Januari tahun depan dalam drama dan telefilem terbitan mereka.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Hans Isaac berkata, syarat seumpama itu dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran.

Menurut Hans, hasil pertemuan itu juga menerima respons positif kesemua stesen penyiaran berkenaan apabila mereka sepakat tidak mahu pelakon muda disolek untuk memegang watak orang tua.

“Mereka menjelaskan apabila kaedah itu digunakan, watak terbabit tampak agak pelik dan tidak semula jadi.

“Selepas perbincangan, semua stesen penyiaran memutuskan untuk mengenakan syarat melarang pelakon muda disolek menjadi orang tua.

“Ini bagi memastikan produser tidak menggunakan pelakon muda memegang watak orang tua. Kami gembira apabila stesen penyiaran bersependapat dengan kami,” katanya dipetik BH Online.

Menurut Hans, 48, bagi memastikan artis veteran mempunyai jaminan ditawarkan bekerja, ketetapan juga dibuat supaya tempoh atau jumlah jam tertentu dalam produksi akan diperuntukkan untuk artis berusia.

“Ini termasuk dalam kempen menggalakkan artis veteran kembali bekerja yang dirancang Finas.

“Stesen penyiaran akan menggariskan berapa banyak projek yang menggunakan artis veteran pada 2020 atau purata pembabitan artis veteran dalam produksi.

“Penyiar akan memberi maklumat kepada Finas sebelum akhir tahun ini. Kita harap program ini dapat dilaksanakan, Januari depan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Finas serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersetuju menaja 240 orang artis veteran mendapatkan polisi insurans di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), tahun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");