Perak Hari Ini

‘Barbie’ dan ‘Hot Wheels’ Tarikan Terbaharu Lost World Of Tambun Sempena Cuti Sekolah

IPOH: Bersempena dengan musim cuti sekolah yang akan bermula tidak lama lagi, Lost World Of Tambun bakal mengadakan ruang pameran dan permainan ‘Barbie’ dan ‘Hot Wheels’ di taman tema air tersebut bermula 23 November sehingga 31 Disember ini.

Pengunjung khususnya kanak-kanak pasti akan berasa teruja apabila mereka berpeluang untuk bergambar di rumah Barbie yang berskala besar selain berpeluang meneroka zon ‘You Can Be Anything,’ untuk berdandan.

Tidak hanya setakat itu, malah mereka juga berpeluang untuk beramah mesra dengan karakter watak Barbie di ruang tersebut.

Selain itu, bagi kanak-kanak lelaki sudah semestinya jenama permainan kereta trek lumba, Hot Wheels bukan sesuatu yang asing bagi mereka.

Ruang ‘Hot Wheels – Challenge Accepted’ pastinya akan menambah keterujaan buat peminat jenama permainan tersebut.

“Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba di trek yang disediakan pada setiap hari di sini.

“Pengunjung juga boleh melawati zon ‘Challege Accepted’ dan menonton perlumbaan yang diadakan pada jam 4 petang setiap hari.

“Selain itu, mereka juga berpeluang memenangi hadiah premium daripada Hot Wheels,” kata satu kenyataan media.

Sementara itu, menurut Pengurus Besar Lost World of Tambun, Nurul Nuzairi Mohd Azahari ia merupakan kerjasama yang julung kali diadakan antara taman tema tersebut bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie

“Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa.

“Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.

“Pada setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan.

“Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur,” katanya.

Para pengunjung akan dapat mendapat akses ke acara eksklusif ini pada harga tiket RM 77 (MyKad).

Selain itu, mereka juga akan berpeluang membawa pulang barangan premium percuma untuk tiga tiket dan ke atas bagi setiap transaksi yang mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");