Perak Hari Ini

Belanjawan Negeri Perak 2020 Diluluskan

IPOH: Perak meluluskan Belanjawan Negeri 2020 selepas dibahaskan selama lima hari bermula 18 hingga 22 November bertempat di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Perak 2020 berjumlah RM1.098 bilion dengan bertemakan ‘Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan Dan Inklusif dengan berlandaskan empat fokus utama pada 15 November lalu oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pada tahun lalu, Kerajaan Perak membentangkan Belanjawan Negeri dengan jumlah RM1.061 billion.

Usul tersebut diluluskan di bawah Enakmen Perbekalan 2020 telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas undian suara dibuat.

Dalam pembentangan tersebut, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM771.25 juta bagi perbelanjaan mengurus dan RM430 juta pula bagi perbelanjaan pembangunan.

Fokus utama dalam Belanjawan kali ini ialah Menjana pertumbuhan ekonomi seimbang; Keadilan sosial, Kesejahteraan rakyat serta kelestarian sumber dan alam sekitar; Memperkasa pendidikan dan modal insan; dan Memperkukuhkan tadbir urus serta memupuk tanggungjawab bersama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");