Perak Hari Ini
Like

Belum Ada Keputusan Mahkamah, Exco Tetap Hadir Sidang DUN

November 19, 2019
167 Views
0 Comments
1 minute read
Belum Ada Keputusan Mahkamah, Exco Tetap Hadir Sidang DUN

IPOH- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru, Paul Yong Choo Kiong mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

Menurut satu kenyataan, sehingga Mahkamah Tinggi membuat keputusan berhubung permohonannya, Paul Yong mempunyai tanggungjawab untuk menghadiri Mesyuarat Dewan Negeri yang sedang berlangsung.

“Beliau juga bertanggungjwab untuk menjawab soalan-soalan berkaitan dengan portfolio EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal-Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru yang dipegang oleh beliau,” menurut kenyataan dari Pejabat Menteri Besar.

Dalam pada itu, sementara permohonannya dipertimbangkan oleh mahkamah, Paul Yong telah memaklumkan hasratnya untuk kembali menjalankan tugasan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di atas prinsip beliau tidak bersalah sehingga didapati bersalah oleh mahkamah.

“Beliau telah memfailkan permohonan pada 13 November 2019 supaya kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

“Paul Yong akan meneruskan tugasannya sebagai ADUN Tronoh dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,” menurut kenyataan.

Terdahulu, beliau telah mengumumkan bercuti dari menjalankan tugas Exco bagi memberi tumpuan kepada perbicaraan agar dapat menbersihkan namanya.

Beliau telah didakwa atas tuduhan merogol pembantu rumahnya yang berusia 23 tahun, antara 8.15 hingga 9.15 malam, 7 Julai lalu.

Komen & Pendapat

Comments are closed.