Panasnya Hari Ini

“Beri Saya Peluang…”

“BAGI saya, peluang setiap calon sama rata dan mungkin ada sedikit kelebihan pada kita,” kata calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66.

Karmaine yang juga Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tanjung Piai berkata penting bagi PH terutama Bersatu mengekalkan kemenangan.

“Ia bagi menilai tahap sokongan rakyat kepada kerajaan baharu dan setakat ini kita melihat sokongan yang baik termasuk pengundi Cina.

“Saya tidak nampak mereka tidak bersama-sama kita (mengundi PH),” katanya, sebagaimana dilaporkan Harian Metro.

Mengulas mengenai saingan enam penjuru katanya, ia menunjukkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi.

“Saingan ini menunjukkan negara ini mengamalkan sistem demokrasi. Sesiapapun boleh bertanding.

“Namun kita melihat kelebihan kepada calon anak tempatan yang dilihat boleh memberi komitmen lebih baik.

“Bila calon tempatan, sudah pasti kita kenal lebih ramai orang dan tahu apa yang hendak dilakukan untuk kawasan ini,” katanya.

Ditanya pemilihan calon dari MCA yang mewakili BN dikatakan memberi kelebihan kepada PH, beliau tidak menafikannya.

“Memang sudah banyak penggal, MCA menjadi calon di Tanjung Piai. Cuma kali ini, kedudukan MCA tidak teguh kerana hanya mempunyai satu wakil di Dewan Rakyat sehingga ada yang menyatakan parti itu sudah tidak relevan.

“Tapi itu hanya pandangan semata-mata,” katanya yang kemas bersongkok dan berbaju Teluk Belanga merah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");