Perak Hari Ini

Bomba Perak Giat Laksanakan Pelan Kajian Kawasan Di Pulau Pangkor

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedang giat melakukan Pelan Kontingensi atau Pelan Kajian Kawasan Pulau Pangkor sebagai langkah menjamin tahap kesiapsiagaan anggota bomba menjelang pengisytiharan pulau tersebut sebagai pulau bebas cukai pada tahun hadapan.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata antara pra rancang yang telah dilakukan ialah termasuk mengenalpasti tempat-tempat berisiko di Pulau Pangkor, mengenalpasti kawasan kepadatan penduduk dan sebarang risiko kemungkinan kemalangan terhadap kilang atau premis yang ada menyimpan bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Selain itu katanya pemeriksaan terhadap kawasan-kawasan peranginan seperti hotel dan pantai turut dijalankan.

Katanya sekiranya terdapat kawasan yang mempunyai risiko kemlangan, JBPM Perak akan melakukan kajian dari segi keperluan peralatan, pertambahan anggota dan sebagainya.

Ujarnya ia sebagai langkah untuk menjamin keselamatan selain meningkatkan lagi keyakinan para pelancong terhadap jaminan keselamatan kebakaran di Pulau Pangkor dan seterusnya akan membantu meningkatkan sektor ekonomi di situ.

“Saya yakin penghujung bulan ini kajian ini akan disiapkan dan selepas itu, kita akan serahkan ia kepada Menteri Besar Perak atau Kerajaan Negeri.

“Maklum balas awal yang kita terima setakat ini ialah tidak wujud sebarang risiko bahaya yang tingggi di Pulau Pangkor. Cuma hanya ada kepadatan penduduk di beberapa kawasan. Tidak secara keseluruhan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita dalam sidang media Majlis Perhimpunan Bulanan Novermber 2019 JBPM Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri Meru Raya di sini, hari ini.

Selain itu, menurut Azmi beberapa sesi taklimat dan latihan keselamatan kebakaran turut telah dijalankan yang melibatkan pengusaha feri dan hotel mewah.

Katanya latihan kebakaran bersama pengusaha-pengusaha feri telah diadadakan pada minggu lalu di Balai Bomba Pulau Pangko manakala sebuah hotel mewah di sana telah bersetuju untuk menubuhkan Pasukan Bertindak Kecemasan (ERT), sebagaimana yang disarankan JBPM Perak.

“Kemungkinan pada masa terdekat kita akan mengadakan perbincangan atau usahasama dengan pihak-pihak lain seperti Tentera Laut, Jabatan Laut atau individu-individu persendirian.

“Jika berlaku sebarang insiden di Pangkor yang memerlukan penggunaan bot untuk memudahkan pergerakan anggota ke seberang, mungkin kita akan mengadakan perjanjian persefahaman dengan pihak-pihak tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi sehingga kini terdapat seramai 31 pegawai dan anggota bomba yang telah ditempatkan di Pulau Pangkor.

Sementara itu, menurut Komander Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Mohd Rizal Buang, pada bulan lalu pihaknya bersama-sama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Perak telah melatih dan melantik seramai 50 orang sebagai pengawal pantai sebagai persediaan menerima jumlah kedatangan pelancong yang dijangkakan meningkat pada tahun hadapan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");