Berita Hari Ini

Dituduh Anti-Cina Pula, Guan Eng Kata Tak Masuk Akal

CYBERJAYA: Lim Guan Eng mendakwa pembangkang memainkan sentimen perkauman dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Setiausaha agung DAP itu berkata pembangkang akan memberitahu pengundi Cina beliau anti-Cina manakala pengundi Melayu akan diberitahu beliau anti-Melayu.

“Tetapi ia tidak masuk akal kan?

“Apa kita sebenarnya, kita pro-Malaysia dan pro-prinsip,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan tengah hari.

Lim yang juga menteri kewangan, mengulas kemungkinan pembangkang memainkan sentimen perkauman berhubung isu dana Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC).

Putrajaya berkata ia akan menyediakan sekurang-kurangnya RM30 juta kepada TAR UC, dengan syarat MCA melepaskan kawalan terhadap institusi tersebut

“Sudah tentu mereka akan memainkan sentimen perkauman,” kata Lim mengulas isu berkenaan.

Kelmarin, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata MCA memainkan isu perkauman dalam usaha merayu undi di Tanjung Piai.

Mahathir, yang juga pengerusi Pakatan Harapan, menyamakan kelakuan MCA sama seperti kelakuan Umno.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");