Berita Hari Ini

Doa Mahathir Buat Calon SPM, STPM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menasihatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) supaya sentiasa tenang menghadapi cabaran peperiksaan.

Menerusi video yang dikongsi di Facebook rasmi beliau, Dr Mahathir berharap semua pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM supaya menghadapi cabaran dengan tenang dan membuat persediaan yang cukup untuk mendapat keputusan yang sebaik mungkin.

“Untuk peperiksaan, kita perlu ulang balik segala yang kita dapat sepanjang tahun dan ulang berkali-kali, bermakna kita tidak akan lupa tentang isi kandungan jawapan yang diperlukan.

“Saya berdoa semua penuntut akan lulus dengan baik dan saya harap mereka akan gembira selepas peperiksaan diumumkan (tamat),” kata Dr Mahathir.

Peperiksaan SPM fasa dua akan bermula hari ini hingga 28 Nov sementara peperiksaan STPM berlangsung semalam sehingga 13 Nov depan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");