Berita Hari Ini

Dua Pertiga Banduan Bakal Jalani Program Pemulihan Luar Tembok

BANTING: Jabatan Penjara menyasarkan 20,000 hingga 25,000 banduan menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti menjelang 2030.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Omar, berkata perangkaan itu sekitar dua pertiga kadar kepenghunian dalam penjara ketika ini.

Beliau berkata, program pemulihan perlu diperluaskan sebagai program alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan di penjara dan mempelawa kerjasama pelbagai pihak .

“Kami berharap peluang dan usaha sama daripada sektor swasta dalam membina semula kehidupan pesalah dan mengurangkan kadar kemasukan semula ke dalam penjara.

“Jabatan Penjara juga ketika ini dalam proses pindaan peraturan bagi membolehkan lebih ramai banduan menjalani program pemulihan luar.

“Selepas dokumen pindaan peraturan itu lengkap, kami akan menghantar ke Kementerian Dalam Negeri untuk proses selanjutnya. Pindaan ini perlu kerana mahu lebih ramai banduan menjalani pemulihan komuniti, sekali gus mengurangkan kesalahan berulang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran program PEKA@MRCB di sini hari ini yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Program PEKA@MRCB adalah sebahagian daripada inisiatif Reben Kuning dengan kerjasama Jabatan Penjara dan MRCB.

PEKA yang bermaksud ‘Peluang Kedua Anda’ menyediakan peluang pekerjaan bagi pesalah terpilih yang dirujuk sebagai Orang Diselia (ODS) dan hampir tamat menjalani tempoh hukuman.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, berdasarkan data Jabatan Penjara, 70 peratus banduan di Malaysia ketika ini berada dalam kategori banduan berisiko rendah dan berupaya untuk pemulihan memetik BHarian.

“Ketika ini seramai 31,000 orang di parol (ODP) sudah menjalani program pemulihan dengan kadar residivis (kesalahan berulang) di bawah 0.4 peratus.

“Kami juga membuka peluang kerjasama dengan sektor swasta untuk ODS menjalani program pekerjaan,” katanya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");