Membawang Hari Ini

Eina Puas Kongsi Rezeki Bersama Keluarga

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Paduka Eina Azman, bersyukur impian untuk membawa keluarga menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci Makkah akhirnya menjadi kenyataan.

Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 24, berkata niat itu sudah lama tersimpan, selain ingin berkongsi rezeki yang diterimanya bersama insan tersayang.

“Alhamdulillah, impian membawa keluarga menunaikan umrah akhirnya tercapai. Lebih bermakna, saya dapat berkongsi keseronokan itu bersama ibu dan bapa serta suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah.

“Saya bukan mahu berahsia, sebaliknya hanya bersedia untuk berkongsi apabila semuanya sudah pasti. Sudah lama saya simpan hasrat ini, syukur kerana dapat juga menunaikan impian murni itu,” kata Eina yang turut ditemani kakak dan pembantunya.

Eina berkata, sebagai anak, dia sentiasa berusaha menggembirakan kedua-dua orang tuanya selagi hayat dikandung badan.

Akur dia tidak mampu membalas segala jasa mereka membesarkannya, Eina berkata, melihat senyuman pada wajah ibu dan bapanya sudah cukup membahagiakannya.

“Doakan kesejahteraan kami sekeluarga sepanjang berada di Tanah Suci. Lengkap rasanya pemergian ini apabila anak, Arianna Aubrey dan Karl Kareef turut bersama-sama menyertai kami,” katanya.

Pelakon tinggi lampai yang popular dengan video masakannya itu dijadualkan pulang ke tanah air pada 1 Disember ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");