Sukan Hari Ini

“Elak Provokasi, Nikmati Perlawanan Malam Esok”

ELAK provokasi dan nikmati perlawanan malam esok. Itu peringatan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kepada penyokong yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur supaya tidak menimbulkan masalah hingga mengganggu rentak perlawanan kedua-dua pasukan.

Menurut Harian Metro, Cheng Hoe berkata, perlawanan malam esok bukanlah perkara mudah kepada skuad negara walaupun mencatatkan kemenangan 3-2 menentang Indonesia di Stadium Bung Karno, Jakarta, pada perlawanan pertama Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Saya sentiasa menasihati pemain supaya terus fokus dalam setiap perlawanan walaupun kita ketahui Indonesia berdepan dengan pelbagai masalah namun kali ini tampil dengan pasukan lebih baik.

“Saya harapkan penyokong datang menikmati perlawanan dengan elak cetuskan provokasi atau kekecohan nanti,” katanya dalam sidang media pra perlawanan Malaysia menentang Indonesia di SNBJ hari ini.

Sementara itu, rakan seangkatan pengendali skuad Sang Garuda, Yeyen Tumena berkata, kekalahan sebelum ini menyebabkannya mengambil sikap lebih berhati-hati dalam mempersiapkan barisan pemain.

“Kita sudah melakukan persiapan awal termasuk melihat perlawanan Malaysia menentang Thailand sebelum ini pasti banyak perubahan perlu dilakukan,” katanya.

Perlawanan malam esok menyaksikan Malaysia yang berada di kedudukan keempat Kumpulan G dengan enam mata perlu meneruskan momentum kemenangan menentang Indonesia bagi mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua kumpulan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");